Wisnu3nugroho’s Blog

Januari 16, 2009

topologi cincin

Filed under: Uncategorized — wisnu3nugroho @ 7:16 am

Tolpologi Cincin

Topologi cincin atau Token-Ring menghubungkan semua nod sebagai satu rantaian membulat seperti cincin. Mesej atau data akan dipindahkan secara turutan mengikut satu laluan yang sama di dalam cincin yang sama. Teknologi rangkaian ini mula digunakan oleh sistem IBM dengan menggunakan KabelType I dalam kategori Shielded Twisted Pair (STP).

Setiap data yang melalui nod akan disemak lokasi penghantarannya. Sekiranya tidak sama dengan nod yang dilaluinya, ia akan diserahkan kepada nod yang seterusnya dan ini akan berterusan sehingga alamat penghantarannya sama dengan nod yang dilaluinya.

Memandangkan data dipindahkan mengikut satu laluan yang sama secara turutan maka kemungkinan untuk berlakunya pelanggaran data seakan-akan sama dengan sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem sacara langsung. Namun satu masalah yang timbul ialah sekiranya satu nod gagal berfungsi, keseluruhan sistem rangkaian kemungkinannya akan turut terjejas.

Susunan nod dalam topologi ini juga secara fizikalnya adalah hampir sama seperti topologi bintang, cuma secara logikalnya adalah berbentuk cincin. Alat tambahan yang diperlukan dalam topologi ini dinamakan Multi Station Access Unit (MSAU). MSAU ini dipasang dalam satu rangkaian berbentuk cincin jika ianya lebih dari satu unit. Jika hanya satu unit saja digunakan maka secara fizikalnya topologi ini adalah sama dengan sambungan dalam bintang.

Sumber : http://www.angelfire.com/bug/rangkaian0/cincin.htm

Tinggalkan sebuah Komentar »

Belum ada komentar.

RSS umpan untuk komentar-komentar dalam tulisan ini. URI Lacak Balik

Tinggalkan Balasan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Ubah )

Connecting to %s

Theme: Rubric. Blog pada WordPress.com.

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.